Thursday, June 2, 2011

MaSalah...

kekadang kita lari dari masalah, kekadang kita lupakan masalah, kekadang ada gak yg degil cuba mengharungi masalah, n ada yg lebih degil mencari masalah.... camne nak menghadapi masalah... adakah kita cari punca timbulnye masalah, atau kita terus salahkan org yg timbulkan masalah... tunding-menunding perkara biasa jika ada masalah... camne lak kalo masalah tu kita sendiri yg cari n kita sendiri yang buat.....

perkara pertama bila menghadapi masalah biasanye murung, menung, kehidupan cam tenggelam timbul, cam serba x kene... masalah ke tu...(apa laa yang aku merapu)... ada orang menghadapi masalah percintaan.. biasa laa percintaan terputus di tengah jalan "PUTUS CINTA MEMBUAT KITA LEBIH MATANG DALAM KEHIDUPAN" betul ker???... mungkin betul n mungkin x.... cam ada satu cerita....bercinta tapi x

Sunday, May 22, 2011

ING MEDICAL CARD


ING MEDICAL CARD

- KAD PERUBATAN YG MENJAMIN KEMASUKAN KE HOSPITAL DI SEMUA HOSPITAL PANEL. SEMUA BIL2 HOSPITAL YANG DI IKTIRAF AKAN DISELESAIKAN SECARA AUTOMATIK KETIKA KELUAR DARI HOSPITAL.

KEGUNAAN :
1. UNTUK KEMUDAHAN PEMBAYARAN BIL2 RAWATAN KEMASUKAN KE HOSPITAL
2. RAWATAN SUSULAN SELEPAS KEMASUKAN WAD
3. PEMBEDAHAN SEHARI

KEISTIMEWAAN
1. SEHINGGA USIA MENCAPAI 85 THN
2. BAYARAN KEMASUKAN YANG AMAT RENDAH HANYA RM 50.00
3. TIADA CO- PAYMENT DAN TIADA CO-INSURAN

TERDAPAT 3 PILIHAN PLAN YANG MENCAPAI RM 160K SETAHN DAN 480K SEPANJANG HAYAT

BAYARAN PREMIUM YG RENDAH DARI RM 80.00 SEBULAN.

JIKA ANDA MEMERLUKAN MEDICAL CARD N PERLUKAN KETERANGAN LANJUT BOLEH HUBUNGI - NOR SITI HAWA MASTOR @ 019-3915212.

Wednesday, May 4, 2011

Mula2..7 tolak 1 tinggal 6 tolak 1 Kini Tinggal 5...

angka?.. apa tu??... aku ada 7 orang adek beradik, 3 lelaki 4 perempuan, yang sulung perempuan arwah saimah dia pergi pada thn 2002 pada usia 33 thn, meninggalkan 2 orang anak perempuan yg masih kecil, aku sayang sangat ngan arwah sebb dia yg jaga aku bila mak tiada kat umah, kk seorang yang suka memasak... emme masakannye sangat sedap  terutama kuih karipap, pau n mee bandung... rindunye masakan kk long. Namun dia pergi dulu meninggalkan kami adek-beradik, mak dan ayah. kini anak-anak kk long dah besar aini bakal jururawat bertauliah.. skang masih study kat masterskill, dina tktn 4, taun depan exam spm...x lama lagi mak akan dapat cucu menntu pertama... hehhee... bila tu???....

tinggal laa kami 6 beradik... 3 lelaki 3 perempuan, aku secara automatiknye jadi kk sulung... aku anak yg ke-4, antara aku ngan arwah ada abang 2 orang. n bawah aku perempuan 2 orang n bongsu lelaki.

tanggal 18.1.2011- genap usia adek bongsu 18 thn pada hari lahirnye...adek xcident dan meninggal di tempat kejadian, sehingga hari ini aku masih x dapat menerima kenyataan ni.. w/pun aku redha dengan pemergiannya.. namun aku masih tercari2 suara yg selalu aku dengar di rumah, didalam bilik air suara dia menyanyi... adek begitu cepat kau pergi... akk x sempat nak memberi lebih kasih sayang....

" Kita menghitung hari lahir, usiapun bertambah,Ada yang sedar diri makin dewasa,
Ada yang insaf diri sendiri makin tua,Tapi ramai juga yang perasan,Makin berusia makin anggun dan bertenaga katanya.Sesungguhnya,Tibanya hari lahir ertinya semakin mendekati kematian semakin mendekati kematian ertinya semakin kurang kesempatan merebut masa membuat amalan"


adek pergi pada hari lahirnye... tiada tanda, tiada pesan, terus meninggalkan mak ayah n adek beradek yg lain. n kawan2 yang amat menyayangi dirinye...adek n kk long tunggu akk ye...semoga arwah kk long n arwah adek di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman Al- Fatihah... Amin.

Tuesday, January 18, 2011

Blurrrrr.....

sinonim ngan aku yg kekadang blurrr....apa erk blur tu??... carik dalam kamus tapi x jumpa laaa maknanye.....maksud aku makna yg sesuai laaa.... mengikut kamus oxford edisi ke-3 BLUR - palitan @  kabur. apa tu palitan??? apa tu kabur???... otak masih x leh berfungsi untuk berfikir ngan betul... ooo itu kot makna kabur.... emememem agak2 faham dah ni.....

kenapa aku blurr.... entah aku pun x de jawapannye..... kekadang org tanya lain aku faham lain...bila wat ikut fahaman aku dah salah... ememem kene tegur lagi kesilapan... jgan wat kesilapan yg sama.... BLURRR......

Monday, December 13, 2010

akhirnye.....

setelah bertekak dengan fakta2 yg agak konkrit akhirnya aku menang gak n akhirnya somi ku benarkan aku coti tanpa gaji selama 3 bulan..... skang tengah atur strategi pemasaran n atur perancangan rapi... plan B harus aku teruskan dengan jayanya... sbb hanya 3 bulan saja somi ku izinkan n nak lihat hasilnye.... bolehkah???/..... insyaallah dengan izinNya aku akan berjaya....tengah wat persediaan terakhir sebelum aku bercoti , kene selesaikan semua keje2 yg ada moga org ygg kene tanggung kerja leh wat dengan sempurna n lancar....

en. kamal (my bos) aku belum mengadap lagi.... apa laa alasan aku erk... hari tu bergurau nak tukar department pun dia x izinkan... tapi harap2 coti ni dia luluskan n x kisah... aku ni nak tambah pendapatan.. soo harap2 sangat laa.... aku pun nak g bercuti cam dia (luarnegaraparislagituh) aku nak g sana gak nak merasa main salji n jual ABC.....sebelum aku usulkan surat aku nak ngadap bos aku dulu ngan alasan yg konkrit... aku nak serius dalam Insuran ... n bgi masa 3 bulan tuk aku buktikan pendapatan aku n berapa yg aku nak......kalo x dapat seperti yg aku rancangkan... aku tumpukan laa keje yg ada n wat laa bende lain... tapi insuran tetap di hati ku...

Wednesday, December 8, 2010

Apa aku nak buat???.....

semalam seharian aku dok berfikir nak ambik cuti 3 bulan tanpa gaji, tapi boleh ke aku hidup tanpa gaji nih... aku mintak pendapat pegawai kat tempat keje... mintak gak pendapat kengkawan insuran semua sokong aku ambik cuti tu... tapi hal ni aku tak berbincang lagi ngan hubby ... emm mesti dia x baginye... ye laaa . bebanan dia akan bertambah... aku lak ado x do je ngan komisyen insuran ni....
 tapi  aku ni jenis x leh nak bagi komitmen tuk 2 kerje....aku sayangkan insuran n dalam masa yg sama aku sayangkan keje yg skang yg banyak bagi aku makan....

soo semalam dalam kebingungan memikirkannye... aku balik 1/2 day layan wayang ngan kawan yg sama bingung ngan masalah dia.... aku layan cite " AKU TAK BODOH" bagi aku cite ni best n penuh ngan sindiran.. sampaikan aku pun terkene tempiasnya... aku sedar sebagai manusia aku tak sesempurna mana... tapi aku nak anak aku jadi sempurna tanpa panduan yg betul n contoh yg betul. lepas tengook cite tu aku terfikir... tanpa haluan n panduan anak2 akan membesar ngan cara mereka sendiri acuan mereka sendiri... ibu bapa hanya mahu yg terbaik tanpa pedulikan jalan2 yg dipilih oleh anak2 mereka, aku berazam n amat berharap semoga aku tidak menjadi ibu yg begitu...

tapi sebelum itu aku haruslah berubah dahulu.....

Wednesday, November 24, 2010

Anda Perlukan Medical Card @ Kad Perubatan???

Kos Rawatan Mahal: Pilihan di Tangan Pengguna

Oleh MD. ZAN SAARI

KADAR kesedaran rakyat Malaysia tentang kesihatan serta isu-isu berkaitan dengannya boleh dikatakan amat baik ketika ini.

Meskipun lebih rendah berbanding negara-negara maju dan masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, warga negara ini kini mula memberi tumpuan tentang pentingnya kesihatan berbanding satu ketika dahulu. Antara faktor yang menyebabkan fenomena ini ialah kempen kesihatan yang giat dilancarkan kerajaan.

Kempen seperti Tak nak Merokok, Amalkan 5M, hapuskan nyamuk Aedes dan sebagainya mula memberi kesan kepada penduduk negara, kerana ia dijalankan secara konsisten dan berterusan.

Seperti yang dinyatakan tadi, kempen tersebut dilaksanakan secara konsisten, iaitu tanpa henti untuk beberapa ketika, adakalanya memakan masa bertahun-tahun.

Tahun demi tahun dan hasilnya, kesedaran tentang kesihatan yang semakin tinggi di negara ini menyebabkan rakyat tidak kisah dan sanggup berbelanja lebih untuk kesihatan.

Jika ditinjau, bilangan hospital swasta di negara ini juga bertambah dengan pesat sejak kebelakangan ini. Pertambahan ini sudah pasti boleh dikaitkan secara langsung dengan kesedaran tentang pentingnya kesihatan dikalangan rakyat.

Pun begitu, timbul pula kesan kurang enak didengar apabila terdapat hospital-hospital swasta yang kurang bertanggungjawab bertindak mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan lebih dalam jangka masa singkat.

Apatah lagi bila pesakit diberikan rawatan yang sebenarnya tidak perlu, tetapi sengaja diada-adakan supaya hospital dapat mengenakan caj lebih.

Senarionya sama seperti kita menghantar kenderaan ke bengkel akibat kerosakan yang sebenarnya kecil. Namun, oleh kerana pengetahuan tentang dunia automotif yang terhad (atau tiada langsung), bengkel mengambil kesempatan mengada-adakan kerosakan kenderaan pelanggan mereka untuk mengaut untung lebih.