Wednesday, November 24, 2010

Anda Perlukan Medical Card @ Kad Perubatan???

Kos Rawatan Mahal: Pilihan di Tangan Pengguna

Oleh MD. ZAN SAARI

KADAR kesedaran rakyat Malaysia tentang kesihatan serta isu-isu berkaitan dengannya boleh dikatakan amat baik ketika ini.

Meskipun lebih rendah berbanding negara-negara maju dan masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, warga negara ini kini mula memberi tumpuan tentang pentingnya kesihatan berbanding satu ketika dahulu. Antara faktor yang menyebabkan fenomena ini ialah kempen kesihatan yang giat dilancarkan kerajaan.

Kempen seperti Tak nak Merokok, Amalkan 5M, hapuskan nyamuk Aedes dan sebagainya mula memberi kesan kepada penduduk negara, kerana ia dijalankan secara konsisten dan berterusan.

Seperti yang dinyatakan tadi, kempen tersebut dilaksanakan secara konsisten, iaitu tanpa henti untuk beberapa ketika, adakalanya memakan masa bertahun-tahun.

Tahun demi tahun dan hasilnya, kesedaran tentang kesihatan yang semakin tinggi di negara ini menyebabkan rakyat tidak kisah dan sanggup berbelanja lebih untuk kesihatan.

Jika ditinjau, bilangan hospital swasta di negara ini juga bertambah dengan pesat sejak kebelakangan ini. Pertambahan ini sudah pasti boleh dikaitkan secara langsung dengan kesedaran tentang pentingnya kesihatan dikalangan rakyat.

Pun begitu, timbul pula kesan kurang enak didengar apabila terdapat hospital-hospital swasta yang kurang bertanggungjawab bertindak mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan lebih dalam jangka masa singkat.

Apatah lagi bila pesakit diberikan rawatan yang sebenarnya tidak perlu, tetapi sengaja diada-adakan supaya hospital dapat mengenakan caj lebih.

Senarionya sama seperti kita menghantar kenderaan ke bengkel akibat kerosakan yang sebenarnya kecil. Namun, oleh kerana pengetahuan tentang dunia automotif yang terhad (atau tiada langsung), bengkel mengambil kesempatan mengada-adakan kerosakan kenderaan pelanggan mereka untuk mengaut untung lebih.

UBAT BATUK SELSEMA SEBABKAN PENDARAHAN OTAK

UBAT BATUK SELSEMA SEBAB PENDARAHAN OTAK


UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK
PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE
(Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital Ampang Puteri)


Kepada Semua,

Luangkan masa untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini kepada orang yang disayangi, keluarga dan rakan-rakan. Cetakkannya dan letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua.

PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI!

Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus). BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE. Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.