Monday, December 13, 2010

akhirnye.....

setelah bertekak dengan fakta2 yg agak konkrit akhirnya aku menang gak n akhirnya somi ku benarkan aku coti tanpa gaji selama 3 bulan..... skang tengah atur strategi pemasaran n atur perancangan rapi... plan B harus aku teruskan dengan jayanya... sbb hanya 3 bulan saja somi ku izinkan n nak lihat hasilnye.... bolehkah???/..... insyaallah dengan izinNya aku akan berjaya....tengah wat persediaan terakhir sebelum aku bercoti , kene selesaikan semua keje2 yg ada moga org ygg kene tanggung kerja leh wat dengan sempurna n lancar....

en. kamal (my bos) aku belum mengadap lagi.... apa laa alasan aku erk... hari tu bergurau nak tukar department pun dia x izinkan... tapi harap2 coti ni dia luluskan n x kisah... aku ni nak tambah pendapatan.. soo harap2 sangat laa.... aku pun nak g bercuti cam dia (luarnegaraparislagituh) aku nak g sana gak nak merasa main salji n jual ABC.....sebelum aku usulkan surat aku nak ngadap bos aku dulu ngan alasan yg konkrit... aku nak serius dalam Insuran ... n bgi masa 3 bulan tuk aku buktikan pendapatan aku n berapa yg aku nak......kalo x dapat seperti yg aku rancangkan... aku tumpukan laa keje yg ada n wat laa bende lain... tapi insuran tetap di hati ku...

Wednesday, December 8, 2010

Apa aku nak buat???.....

semalam seharian aku dok berfikir nak ambik cuti 3 bulan tanpa gaji, tapi boleh ke aku hidup tanpa gaji nih... aku mintak pendapat pegawai kat tempat keje... mintak gak pendapat kengkawan insuran semua sokong aku ambik cuti tu... tapi hal ni aku tak berbincang lagi ngan hubby ... emm mesti dia x baginye... ye laaa . bebanan dia akan bertambah... aku lak ado x do je ngan komisyen insuran ni....
 tapi  aku ni jenis x leh nak bagi komitmen tuk 2 kerje....aku sayangkan insuran n dalam masa yg sama aku sayangkan keje yg skang yg banyak bagi aku makan....

soo semalam dalam kebingungan memikirkannye... aku balik 1/2 day layan wayang ngan kawan yg sama bingung ngan masalah dia.... aku layan cite " AKU TAK BODOH" bagi aku cite ni best n penuh ngan sindiran.. sampaikan aku pun terkene tempiasnya... aku sedar sebagai manusia aku tak sesempurna mana... tapi aku nak anak aku jadi sempurna tanpa panduan yg betul n contoh yg betul. lepas tengook cite tu aku terfikir... tanpa haluan n panduan anak2 akan membesar ngan cara mereka sendiri acuan mereka sendiri... ibu bapa hanya mahu yg terbaik tanpa pedulikan jalan2 yg dipilih oleh anak2 mereka, aku berazam n amat berharap semoga aku tidak menjadi ibu yg begitu...

tapi sebelum itu aku haruslah berubah dahulu.....

Wednesday, November 24, 2010

Anda Perlukan Medical Card @ Kad Perubatan???

Kos Rawatan Mahal: Pilihan di Tangan Pengguna

Oleh MD. ZAN SAARI

KADAR kesedaran rakyat Malaysia tentang kesihatan serta isu-isu berkaitan dengannya boleh dikatakan amat baik ketika ini.

Meskipun lebih rendah berbanding negara-negara maju dan masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, warga negara ini kini mula memberi tumpuan tentang pentingnya kesihatan berbanding satu ketika dahulu. Antara faktor yang menyebabkan fenomena ini ialah kempen kesihatan yang giat dilancarkan kerajaan.

Kempen seperti Tak nak Merokok, Amalkan 5M, hapuskan nyamuk Aedes dan sebagainya mula memberi kesan kepada penduduk negara, kerana ia dijalankan secara konsisten dan berterusan.

Seperti yang dinyatakan tadi, kempen tersebut dilaksanakan secara konsisten, iaitu tanpa henti untuk beberapa ketika, adakalanya memakan masa bertahun-tahun.

Tahun demi tahun dan hasilnya, kesedaran tentang kesihatan yang semakin tinggi di negara ini menyebabkan rakyat tidak kisah dan sanggup berbelanja lebih untuk kesihatan.

Jika ditinjau, bilangan hospital swasta di negara ini juga bertambah dengan pesat sejak kebelakangan ini. Pertambahan ini sudah pasti boleh dikaitkan secara langsung dengan kesedaran tentang pentingnya kesihatan dikalangan rakyat.

Pun begitu, timbul pula kesan kurang enak didengar apabila terdapat hospital-hospital swasta yang kurang bertanggungjawab bertindak mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan lebih dalam jangka masa singkat.

Apatah lagi bila pesakit diberikan rawatan yang sebenarnya tidak perlu, tetapi sengaja diada-adakan supaya hospital dapat mengenakan caj lebih.

Senarionya sama seperti kita menghantar kenderaan ke bengkel akibat kerosakan yang sebenarnya kecil. Namun, oleh kerana pengetahuan tentang dunia automotif yang terhad (atau tiada langsung), bengkel mengambil kesempatan mengada-adakan kerosakan kenderaan pelanggan mereka untuk mengaut untung lebih.

UBAT BATUK SELSEMA SEBABKAN PENDARAHAN OTAK

UBAT BATUK SELSEMA SEBAB PENDARAHAN OTAK


UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK
PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE
(Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital Ampang Puteri)


Kepada Semua,

Luangkan masa untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini kepada orang yang disayangi, keluarga dan rakan-rakan. Cetakkannya dan letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua.

PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI!

Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus). BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE. Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.